Saman Haziq: Keputusan terletak kepada Azmin, kata Anwar

Iklan
Anwar Ibrahim

PETALING JAYA - Keputusan sama ada mahu menyaman atau tidak Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz terletak pada tangan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan peguamnya, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menegaskan tidak sesuai sekiranya beliau masuk campur dalam urusan tersebut.

Iklan
Iklan

"Itu (saman kepada Haziq Abdullah) adalah keputusan Mohamed Azmin dan peguamnya. Saya fikir tidak sesuai untuk saya masuk campur.

"Begitupun, saya akan beritahu pandangan peribadi saya kepada beliau dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditanya pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini,

Iklan

Memetik laporan sebuah akhbar hari ini, Haziq Abdullah mencabar Mohamed Azmin untuk membuktikan beliau tidak terlibat dalam video klip intim memaparkan dua lelaki yang tersebar baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Mohamed Azmin enggan layan cabaran Haziq

Iklan

Begitupun, peguam kepada Ahli Parlimen Gombak itu, N Surendran menjelaskan pihaknya tidak akan bertindak terhadap pihak yang hanya ingin mencari perhatian berhubung kes penyebaran video berkenaan.

"Kami tidak akan bertindak atau respons terhadap pihak yang ingin mencari perhatian.

"Semua maklum balas berkaitan undang-undang akan dilakukan menurut apa yang kami rasa perlu dan mengikut masa yang ditetapkan tanpa melibatkan pihak lain," katanya di akaun Twitternya, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini...’ – Azmin

Mohamed Azmin sebelum ini menegaskan dirinya tidak terlibat dalam video berkenaan dan mendakwa ia disebarkan bagi menjatuhkan karier politiknya.