India naik angin laporan AS tuduh Hindu tindas Islam

Iklan
Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo bakal tiba di New Delhi Selasa ini.

NEW DELHI - India mengecam satu laporan Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa tiada toleransi agama di bawah kerajaan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Laporan tahunan terhadap kebebasan agama antarabangsa itu disiarkan oleh Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menjelang lawatan beliau ke India Selasa ini.

Iklan
Iklan

Laporan itu mendakwa kumpulan Hindu menggunakan keganasan, gangguan dan ugutan terhadap penduduk beragama Islam dan golongan kasta rendah Dalit pada 2017.

Laporan AS mendakwa kumpulan Hindu melindungi lembu yang dianggap suci oleh penganutnya dan mereka menyerang penduduk Islam dan Dalit.

Iklan

Penduduk Kristian juga menjadi sasaran sejak Modi memegang kuasa pada 2014.

Namun kerajaan Modi menegaskan tiada negara luar berhak untuk mengkritik rekodnya.

Iklan

Kementerian Luar India menolak laporan itu dengan mendakwa sesebuah negara atau entiti luar tidak berhak mengkritik hak rakyatnya yang dilindungi perlembagaan.

Pompeo dijangka tiba di New Delhi untuk lawatan mengukuhkan hubungan kedua-dua negara tetapi ketegangan Washington-New Delhi semakin memuncak dengan isu tarif, peraturan data perlindungan, visa AS untuk rakyat India dan pembelian senjata dari Rusia. – AFP