Pengunjung cemas saluran asap pusat beli belah terbakar

Iklan
Saluran asap sebuah restoran terbakar dan merebak hingga ke tingkat 8 bangunan pusat membeli belah di Jalan Ampang. - FOTO IHSAN BOMBA

KUALA LUMPUR - Pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang, di sini berdepan detik cemas apabila saluran asap di sebuah restoran di situ terbakar, tengah hari tadi.

Bagaimanapun, petugas pusat beli belah telah mengarahkan pengunjung keluar dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Iklan
Iklan

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.35 tengah hari.

"Seramai 13 anggota beserta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat dan Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian.

Iklan

"Setibanya di lokasi, terdapat kebakaran melibatkan saluran asap berlaku di sebuah restoran yang berada di tingkat bawah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, kebakaran saluran asap itu merebak sehingga ke tingkat lapan bangunan tersebut.

Iklan

"Kebakaran kemudiannya berjaya dikawal pada jam 1.48 petang dan anggota bertugas telah membuat saluran pengudaraan untuk mengeluarkan asap api berkenaan.

"Unit siasatan kebakaran bomba sedang melakukan siasatan di lokasi bagi mengenal pasti punca kebakaran tersebut,” ujarnya.