Keadilan untuk Adib: Kerajaan digesa tubuh RCI

Iklan
Akmal (tengah) bersama sebahagian pemuda Umno mendesak Peguam Negara segera menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI).

MELAKA TENGAH - Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Jasin mendesak Peguam Negara segera menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi mendapatkan keadilan untuk keluarga Allahyarham, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, RCI perlu dijadikan sebagai kayu pengukur agar insiden yang telah meragut nyawa pasukan keselamatan negara seperti yang berlaku terhadap mangsa tidak akan berulang pada masa hadapan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya tidak menolak ketentuan Ilahi tetapi yakin sekiranya tindakan terus diambil termasuk penubuhan RCI insiden sebegini dapat dielakkan dari berulang lagi.

"Siasatan polis dan berita tertangkapnya suspek yang telah menyebabkan kita kehilangan Allahyarham Muhammad Adib perlu dipercepatkan agar mereka yang bertanggungjawab mendapat hukuman yang setimpal.

Iklan

"Dalam masa sama kita juga meletakkan keyakinan semangat Malaysia Baharu, Kerajaan PH akan segera bertindak untuk menegakkan keadilan dengan sewajarnya," katanya.

Tambahnya, pemuda bahagian itu menghargai pengorbanan nyawa ahli pasukan keselamatan negara seperti yang berlaku kepada mangsa.

Iklan

"Ternyata perumpamaan 'menggadai nyawa' adalah bukti risiko yang perlu dihadapi oleh semua anggota Bomba dan Penyelamat di dalam tugas mereka adalah benar dan bukanlah cakap kosong semata," katanya.

Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam, Isnin lalu.