Di manakah Jho Low berada?

Iklan
Jho Low

[DIKEMASKINI] DI manakah Low Taek Jho atau Jho Low berada? Itu persoalah yang masih menjadi misteri sehinggakan individu yang ada kaitan dengan pengurusan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih gagal dikesan sehingga ke hari ini.

Umpama seperti siri kuiz kanak-kanak popular ‘Di mana Joe Jambul’, anak kelahiran Pulau Pinang itu terus menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM42 bilion dan penangkapannya penting bagi menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 6 Mei lalu menegaskan kerajaan akan tetap memburu Jho Low walaupun menghadapi kesukaran untuk mengetahui di mana lokasinya.

Sebelum ini, Dr Mahathir juga meminta bantuan Singapura dan Switzerland untuk mengesan dan memulangkan RM18.6 bilion yang diselewengkan daripada 1MDB.

Iklan

Malah pihak berkuasa Amerika Syarikat dilaporkan melakukan persediaan memulangkan wang RM828 juta yang didakwa disalah guna daripada dana 1MDB.

Jumlah merangkumi penjualan saham Hotel Park Lane di New York dan daripada penyelesaian yang dibayar oleh penerbit filem The Wolf of Wall Street.

Iklan

Malaysia juga memperoleh RM521 juta pada Jun lalu hasil penjualan kapal persiaran mewah Equanimity yang pernah dimiliki Jho Low.

Pada April lalu, ahli perniagaan itu dikhabarkan berada di beberapa kawasan seperti Hong Kong, Macau, Shanghai, Shenzhen, Beijing dan Hainan di China.

Malah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama rapat dengan Biro Keselamatan Awam China untuk menjejaki Jho Low tetapi malangnya, China masih belum dapat mengesannya.

Apa yang membuatkan Jho Low ini gagal dikesan? Dr Mahathir juga pernah menyatakan ahli perniagaan itu sememangnya licik dan bergerak dari satu negara ke negara yang lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Pada Mei lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menjelaskan polis mempunyai petunjuk positif tentang lokasi Jho Low berada. Malah polis juga menegaskan akan membawa pulang ahli perniagaan kontroversi itu dalam masa terdekat.

"Saya serius ni tapi sabar. Mana dia nak menyorok, tak akan selamat. Kita akan bawa balik Jho Low tak lama lagi kerana semua orang tertunggu-tunggu,” kata Abdul Hamid.