Panjangkan rambut dengan pantas

Iklan
MAKAN protein untuk dapat rambut panjang.

KECEWA dengan hasil rambut yang baru dipotong, terpesong jauh daripada kehendak hati.

Timbul rasa kecewa mahu menyambung balik rambut yang telah dipotong itu.

Iklan
Iklan

Nasi sudah menjadi bubur, tiada apa yang boleh anda lakukan hanya berusaha untuk memanjang kembali rambut.

Cuba tip panjangkan rambut dengan pantas:

Iklan

1. Makan protein

Makan makanan yang kaya dengan protein agar folikel rambut mendapat nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut. Malah, sumber protein ini juga boleh mengekalkan kesihatan rambut agar tidak mudah rosak.

Iklan

2. Manfaatkan teh hijau

Teh hijau dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut kerana kaya dengan antioksida. Antioksida ini berkuasa untuk melancarkan peredaran darah pada kulit kepala sehingga merangsangkan tumbuhnya rambut baru. Senduk teh hijau pada kulit kepala dan balut dengan tuala beberapa ketika. Bilas bersih.

3. Urut kulit kepala

Bagi merangsang pertumbuhan rambut boleh mengurut kulit kepala secara konsisten. Urut kulit kepala sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Urutan ini boleh membantu melancarkan peredaran darah pada kulit kepala lantas merangsang proses pertumbuhan rambut baru. Boleh lakukan sendiri di rumah, urut kulit kepala tiga hingga lima minit atau boleh lakukan cream bath di salon.

4. Kuasa perapi

Salah satu cara untuk memanjangkan rambut dengan cepat adalah menggunakan perapi rambut. Jangan abaikan langkah penggunaan perapi selepas bersyampu. Selain mempercepatkan pertumbuhan rambut, perapi juga membantu menjaga kelembapan rambut untuk menghindar kerosakan rambut dan kulit kepala.

5. Elak guna pengering rambut

Tinggalkan amalan mengeringkan rambut lakukan secara semula jadi kerana panas akibat alat pengering boleh membuatkan rambut menjadi rapuh dan mudah putus. Tekanan suhu panas yang timbulkan juga boleh menghalang proses pemanjangan rambut.