PORT DICKSON - Seorang daripada tiga mangsa yang sebelum ini mendapatkan rawatan di Unit ICU Hospital Port Dickson dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah akibat terminum arak beracun, telah dibenarkan keluar hospital tiga hari lalu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohammed berkata, R Sugumar,33, dibenarkan pulang setelah pemeriksaan terhadapnya selesai, selain keadaan kesihatannya dilihat semakin baik dan memuaskan.
Iklan
Iklan
Manakala katanya, dua lagi mangsa masih memerlukan pemantauan dan rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang.
"Seorang daripada tiga mangsa yang mengalami keracunan arak telah dibenarkan keluar hospital pada Jumaat lalu jam 3 petang, manakala dua lagi masih dirawat di Hospital Port Dickson dan Kuala Pilah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, media melaporkan, seorang lelaki warga Myanmar dan remaja perempuan dari Jempol meninggal dunia, manakala tiga lagi mendapatkan rawatan di Unit ICU akibat mengalami keracunan methanol.
Polis juga telah berjaya menahan tiga suspek dipercayai menjual arak beracun yang diimport dari luar negara.
ARTIKEL BERKAITAN: Seorang lagi mangsa keracunan arak meninggal dunia