PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berkata pihaknya akan mengadakan rundingan dan mendapatkan makluman balas orang ramai pada Januari depan berhubung meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Waytha Moorthy berkata, ratifikasi ICERD masih diperingkat awal dan belum dimuktamadkan.
Iklan
Iklan
"Sekiranya mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, kita akan memanggil pihak-pihak berkepentingan untuk mengadakan sesi dialog dan perbincangan pada awal tahun depan,"katanya selepas merasmikan Konvensyen Metta 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam.
Katanya selepas perbincangan dan mendapatkan maklum balas awam berhubung perkara berkenaan, laporan akan dibuat sebelum ia dimuktamadkan.
"Tiada sebarang tempoh masa ditetapkan namun semua pihak perlu jelas berkaitan isu ini sebelum keputusan dibuat,"katanya.
Bagaimanapun katanya kaedah rundingan bersama orang ramai dan pihak berkepentingan belum diputuskan namun ianya akan dijalankan di setiap negeri.
[ARTIKEL BERKAITAN: ICERD: Kerajaan jamin tidak mansuh Artikel 153]