Penganggur nafi rogol ibu saudara

Iklan
Tertuduh diiringi polis selepas prosiding selesai.

SHAH ALAM - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan merogol ibu saudaranya yang berusia 62 tahun, awal bulan ini.

Lelaki yang berusia 41 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa merogol warga emas tersebut di sebuah rumah di Seksyen 18, Shah Alam di antara jam 10.30 malam pada 8 Jun sehingga 3.30 pagi keesokan harinya.

Pendakwaaan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika bersalah.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh dikhuatiri menganggu mangsa.

"Selain bersaudara dengan mangsa, tertuduh juga mengetahui tempat tinggal mangsa," katanya.

Iklan

Tertuduh yang memakai baju T berwarna kelabu itu bagaimanapun tidak membuat sebarang jaminan.

Hakim Sabri Ismail menetapkan 24 Julai depan untuk sebutan semula kes.