Dua lagi Adun Perlis dijangka keluar Umno

Iklan
Wan Saiful Wan Jan

KANGAR - Dua lagi Adun Perlis dari BN di jangka meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu dalam masa terdekat.

Setiausaha Bersatu Perlis, Wan Saiful Wan Jan yang mendedahkan perkara itu bagaimanapun enggan menamakan kedua-dua wakil rakyat berkenaan tetapi berkata mereka bersih daripada skandal.

Iklan
Iklan

Sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, BN Perlis akan berbaki tujuh wakil rakyat termasuk seorang wakil MCA setelah Datuk Ismail Kassim (Tambun Tulang) keluar dari Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas pada 20 Jun lepas.

Pada masa ini Dun Perlis masih dikuasai BN dengan sembilan kerusi, PH melalui PKR menguasai tiga kerusi, Pas dua kerusi dan Bebas satu kerusi.

Iklan

Situasi ini di jangka menggugat kerajaan BN Perlis,” kata Wan Saiful tanpa menyatakan bila kedua-dua wakil rakyat Umno itu akan mengisytiharkan keputusan mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Shopping Back To School di sini, hari ini.- Bernama.

Iklan