Suspek pernah ‘sound’ duda OKU

Iklan
Laporan Sinar Harian semalam.

SERI ISKANDAR - Suspek kes pukul duda anak tiga hingga mati di Felcra Changkat Lada di Kampung Gajah semalam, pernah memberi amaran kepada mangsa untuk tidak lagi berhubungan dengan isterinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya berkata, suspek memberi amaran itu selepas menyedari mangsa berusia 42 tahun menjalin hubungan dengan wanita tersebut sejak setahun lalu.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati suspek pernah memberi amaran kepada mangsa sebelum ini dan mereka dipercayai menjalin hubungan lebih kurang setahun.

"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau atau rekod dirujuk ke hospital untuk rawatan psikiatri selain negatif ujian urin dadah,” katanya.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Badrul Hisham Ngah Aziz, 42, maut selepas cedera parah akibat dibelasah suspek menggunakan sebatang kayu berpaku.

Kejadian bermotifkan cemburu itu berlaku selepas mengesyaki mangsa keluar bersama isterinya berusia 42 tahun.

Iklan

Sementara itu, abang mangsa yang dikenali sebagai Ramli, 49, mengetahui hubungan adiknya itu dan pernah melarang isteri suspek untuk mendekatinya.

"Mak ada nasihat wanita itu untuk tidak berkawan dengan adik sebab adik memang tidak sihat. Buat apa nak berkawan dengan dia. Adik saya orang kurang upaya (OKU), jika tolak pun dia akan tumbang.

"Semalam, lelaki itu hentak kereta sampai hancur dan mengheretnya keluar sebelum pukul dia," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Menurutnya, arwah tinggal berdua bersama ibu manakala tiga anaknya dijaga oleh bekas isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN:

OKU mati dipukul suami kekasih

Suspek disyaki bunuh duda OKU direman tujuh hari