GERIK - Tiga lelaki dilaporkan maut dalam nahas membabitkan kereta Perodua Myvi dan bas persiaran di Jalan Gerik - Kupang berhampiran persimpangan Kampung Tanjung Kala di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhamad Syahidi Ahamad Kamil dan Tengku Khairul Amirin Tengku Kamarudin, masing-masing berusia 24 dan seorang lagi mangsa belum dikenalpasti.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, sepasukan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 5.11 petang.
"Maklumat awal mendapati terdapat empat mangsa dalam kereta itu dan tiga daripadanya disahkan meninggal dunia.
"Anggota bertindak mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan penyelamat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Menurutnya, seorang lagi lelaki mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan.
"Penumpang dan pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Operasi tamat pada jam 6.28 petang.
AKAN MENYUSUL