Bagaimana hilangkan selulit pada paha?

Iklan
Selulit memburukkan imej paha anda.

WANITA cukup anti dengan selulit lebih-lebih lagi pada bahagian paha.

Ia bukan sahaja memburukkan bahagian paha anda, bahkan membuatkan anda hilang keyakinan diri untuk bergaya seksi di hadapan suami.

Pun begitu, jangan risau. Cuba hilangkan selulit itu dengan skrab kopi di rumah anda sendiri. Mana tahu ia menjadi dengan cepat.

Iklan
Iklan

Bahan-bahannya:

- Campurkan satu per empat cawan serbuk kopi

- Tiga sudu gula

- Tiga sudu minyak kelapa/ zaitun

Cara-caranya:

1) Campurkan kesemua bahan tersebut sehingga menjadi pes

2) Kemudian lumurkan campuran itu pada paha anda yang berselulit dan urut.

3) Ingat, jangan lupa balut paha anda dengan plastik jernih.

Selain bau yang menyenangkan, kopi juga dapat membantu menegangkan kulit dan memberi kesegaran. Kaedah mengurut itu juga dapat melancarkan peredaran darah pada kulit.

#Selamat mencuba ya!

Iklan
Iklan