Perikanan sita bot pukat rawa

Iklan
Bot pukat rawa sorong yang disita Jabatan Perikanan selepas ditinggalkan suspek dalam operasi penguatkuasaan jabatan berkenaan hari ini.

IPOH - Jabatan Perikanan Perak menghalang aktiviti menangkap ikan secara pukat rawa sorong di Perairan Sungai Panchor, Kuala Kurau, hari ini.

Ketua Pangkalan Utama Cawangan Perlindungan Sumber (CPS) Kampung Acheh, Mansor Yobe berkata, sepasukan anggota Penguat kuasa Jabatan Perikanan Kampung Acheh menjalankan rondaan di perairan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sekitar jam 7.30 pagi, anggota penguat kuasa melihat kelibat sebuah bot yang dipercayai menjalankan aktivit menangkap ikan secara pukat rawa sorong pada kedudukan 0.1 Batu Nautika dari Pantai Pulau Pasir Hitam.

"Setelah menyedari kehadiran kelibat anggota penguat kuasa suspek telah terjun dari bot untuk meloloskan diri ke paya bakau berhampiran.

Iklan

"Bot pukat rawa sorong telah disita untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Mansor berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 8(A) Akta Perikanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980.

Iklan