KUALA LUMPUR - Latheefa Beebi Koya mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.
Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM ke-14, untuk tempoh kontrak dua tahun, mulai 1 Jun 2019 hingga 31 Mei 2021.