UMNO Pahang sokong penyatuan ummah

Iklan
Wan Rosdy (kanan) ketika hadir memeriahkan Majlis sambutan hari raya di Kem Nemo, Balok.

KUANTAN - UMNO Pahang termasuk di peringkat akar umbi tiada masalah untuk terus menjalinkan kerjasama dengan Pas dan hubungan itu diyakini menjadi laluan sukar untuk pasukan lawan.

Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, UMNO Pahang sudah menjalinkan hubungan baik dengan Pas sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu dan menyokong baik hasrat penyatuan ummah sebulat suara yang dicapai ketika Muktamar Pas baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, punca utama kekalahan lima kerusi parlimen ketika PRU yang lalu juga adalah kerana perpecahan undi Melayu Islam di antara Pas dan UMNO.

"Buat masa sekarang UMNO tiada masalah dengan hubungan baik ini dan ada ketika kami duduk berbincang.

Iklan

"Di peringkat akar umbi juga tiada masalah kerana mereka faham tentang penyatuan ummah ini," katanya ketika Majlis sambutan hari raya Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang di Balok, hari ini.

Beliau berkata, hubungan baik tersebut bukan sahaja menjadi laluan sukar kepada parti lawan tetapi diyakini kekalahan di lima kerusi Parlimen akan ditebus semula.

Iklan

"Kekalahan kita termasuk di Kuantan, Genting Highlands, Raub dan Temerloh berlaku kerana perpecahan undi.

"Apabila bergabung diyakini kita akan menang dan kita tidak nafikan usaha menjatuhkan usaha ini akan terus dilakukan oleh pihak lawan.

"Yang penting ahli-ahli kita terus buat kerja dan tunjukkan keikhlasan," katanya.