Kabinet lulus naik taraf Kuantan sebagai bandar raya

Iklan
Wan Rosdy (kanan) melepas ikan nemo ke dalam akuarium sebagai simbolik acara perasmian.

KUANTAN - Kabinet meluluskan Kuantan dinaik taraf menjadi bandar raya dan perkara itu disahkan kerajaan negeri yang menerima surat daripada Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara tersebut tidak boleh dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pelbagai persiapan dan persediaan perlu dilakukan.

Iklan
Iklan

"Kita akan buat persediaan ke arah menaiktaraf status daerah ini dan ia tidak boleh berlaku dalam masa singkat. Kita perlu ikuti syarat dan beberapa siri perbincangan antara Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), kerajaan negeri dan kerajaan pusat perlu dilakukan

"Apabila dinaiktaraf akan berlaku peningkatan di kawasan sekitar," katanya pada sidang media perasmian Kem Nemo, Pantai Balok Dan Majlis hari raya Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri, hari ini.

Iklan
Wan Rosdy (kanan) melepas ikan nemo ke dalam akuarium sebagai simbolik acara perasmian.

Justeru pihaknya berbincang dengan syarikat Malindo Air untuk mengatur penerbangan dari beberapa destinasi terus ke Kuantan.

"Aktiviti untuk datang ke daerah sangat terhad dan kita berbincang dengan Malindo Air sekiranya dapat dibuka penerbangan dari Singapura atau destinasi lain terus ke Kuantan.

Iklan

"Kita juga yakin naik taraf ini akan membawa banyak impak positif kepada rakyat," katanya.