Tuanku Zara berkenan rasmi kejohanan Kids' Athletics

Iklan
Pasukan Kinta Utara muncul juara keseluruhan Kejohanan Kids' Athletics peringkat Negeri Perak 2019.

IPOH - Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim hari ini berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Kids' Athletics peringkat Negeri Perak 2019 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah di Ulu Kinta.

Baginda turut berkenan menyaksikan persembahan erobik dan acara sukan yang dipertandingkan.

Iklan
Iklan

Ketibaan baginda diiringi Penaung Kids' Athletics Negeri Perak, Raja Datuk Seri Yong Sofia Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi.

Hadir sama, Timbalan Presiden Persatuan Olahraga Perak, T Kuna Cegeram.

Iklan

Kejohanan kali kedua ini melibatkan 132 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun yang mewakili 11 daerah.

Tuanku Zara berkenan bergambar bersama peserta Kejohanan Kids' Athletics peringkat Negeri Perak 2019.

Acara sukan yang dipertandingkan adalah ‘sprint hurdle shuttle relay’, ‘formula one', ‘endurance race’, ‘forwards squat jumps’, 'cross hop’, ‘javelin throw’ dan ‘knee throw’.

Iklan

Semua acara dipertandingkan berasaskan pergerakan yang melibatkan larian, lompatan dan balingan.

Dalam ucapannya, Kuna Cegeram berkata, Kids' Athletics menjadi satu daripada program pembangunan akar umbi terbesar yang dilaksanakan di seluruh negara bagi mencungkil bakat awal kanak-kanak dalam bidang olahraga.

Menurutnya, ia diperkenalkan dengan konsep yang jelas untuk membawa keseronokan kanak-kanak bermain dalam aktiviti asas mereka lakukan seperti melonoat, berlari dan melontar," katanya.

"Dengan adanya kejohanan Kids' Athletics ini, kanak-kanak diterapkan dengan gaya hidup sihat dan dapat meneroka potensi diri menerusi pertandingan secara sihat.

Pasukan dari daerah Kinta Utara muncul juara keseluruhan kejohanan diikuti Kerian dan Larut Matang Selama di tempat ketiga.