'MAS tetap di hatiku'

Iklan
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menjelaskan isu kelewatan penerbangnya ke London pada 15 Jun lalu sudah selesai sambil menegaskan Malaysia Airlines (MAS) tetap menjadi pilihan utama di hatinya.

Katanya, beliau sudah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail dan memaklumkan bahawa syarikat penerbangan negara itu tidak perlu memohon maaf kepada dirinya.

Iklan
Iklan

"MAS tetap di hatiku. Sebelum jadi menteri dulu, saya pemegang kad platinum sebab selalu menggunakan MAS.

"MAS tetap jadi pilihan saya untuk terbang dalam negara atau antarabangsa,” katanya ketika ditemui di majlis Aidilfitri kementeriannya hari ini.

Iklan

MAS hari ini memohon maaf kepada Mohamad di atas kelewatan penerbangan pada 15 Jun lalu.

Dalam masa sama, MAS kesal dengan kelewatan berkenaan yang disebabkan oleh masalah teknikal sehingga menyebabkan Mohamad terlepas temu janji penting dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di London.

Iklan

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan semalam berkata, kelewatan penerbangan berkenaan menyebabkan beliau terlepas temu janji penting dengan Dr Mahathir yang ketika itu berada di UK atas lawatan kerja.

Mohamad dan pegawai Kementerian Pertahanan sepatutnya menaiki pesawat MH0002 Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke London pada malam berkenaan tetapi pesawat itu tertangguh selama dua jam dan 30 minit.

Beliau sepatutnya singgah di London untuk bertemu Dr Mahathir namun terpaksa membatalkannya ekoran kelewatan itu.