Buruh tidak mengaku rogol kekasih bawah umur

Iklan
Tertuduh (kanan) dikawal polis keluar dari mahkamah selepas tidak mengaku salah atas dua pertuduhan rogol kekasih bawah umur pada tahun lalu.

KOTA BHARU - Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur yang juga kekasihnya di sebuah pondok dan tepi sungai di Kuala Krai tahun lepas.

Tertuduh, Muhamad Yuzairi Mohd Rusdi, 24, didakwa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun tersebut di sebuah pondok di Lata Kertas Dabong, Kuala Krai, pada Mei 2018.

Pada tuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa sama di batu tepi sungai di alamat Retak Limo Kampung Stong, Dabong, Kuala Krai, pada Mei tahun sama.

Iklan

Kedua-dua pertuduhan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan dikenakan sebat.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nuzul Azuar Zulkifli.

Iklan

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 Julai depan.