Krisdayanti suntik DNA ikan salmon untuk awet muda

Iklan
Krisdayanti

PENYANYI terkenal Indonesia, Krisdayanti, mengakui mengambil suntikan DNA ikan salmon bagi mengekalkan kejelitaan wajah dan awet muda.

Menurut laporan media Kompas, penyanyi yang mesra disapa KD itu memberitahu, rawatan tersebut merupakan salah satu rahsia kecantikannya dan ia diambil bagi tujuan mencerahkan kulit wajah.

Iklan
Iklan

"Tubuh manusia bukan hanya memerlukan karbohidrat, tetapi juga omega 3. Salah satu ikan yang paling tinggi kandungan omeganya adalah salmon,” katanya ketika ditemubual menerusi program Ngopi Dara, baru-baru ini.

Sementara itu, doktor kecantikan yang merawat penyanyi berusia 44 tahun itu berkata, proses meremajakan kulit wajah menggunakan ikan salmon sudah banyak dilakukan di Korea dan Singapura.

Iklan

"Sebab itu kita lihat kulit muka mereka sangat bersih, cantik dan berkilau,” jelasnya.

Doktor berkenaan turut menyarankan KD mengambil suntikan setahun sekali memandangkan keadaan kulit wajahnya masih baik. - Kompas

Iklan