Pemandu bas masih lakukan kesalahan berulang

Iklan
Shaharuddin Khalid

KLANG - Sebanyak 68 kesalahan dikesan dilakukan pemandu bas ketika penyamaran dilakukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2019.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, sebanyak 576 bilangan bas seluruh negara dinaiki anggota dalam penyamaran sepanjang operasi bermula 29 Mei hingga 13 Jun lalu.

Iklan
Iklan

"Seramai 80 anggota JPJ yang menyamar mengesan pemandu bas masih melakukan kesalahan berulang seperti menggunakan telefon bimbit dan memandu di lorong kanan secara berterusan sehingga menyebabkan gangguan trafik.

"Memandu di lorong kanan secara berterusan mencatatkan kes tertinggi dengan 25 kes diikuti lain-lain kesalahan sebanyak 15 kes. Tata kelakuan pemandu dari segi merokok dan pakaian mencatatkan 12 kes manakala menggunakan telefon bimbit semasa memandu sebanyak 11 kes," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai sesi taklimat Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (PPP) di kilang pemasangan bas di Pelabuhan Klang di sini hari ini.

Menurutanya, empat pemandu bas turut dihalang memandu dalam pemeriksaan Op HRA bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas dikesan positif dadah jenis Methamphetamine dan ganja.

Iklan

"Penguat kuasa akan menahan bas yang dalam perjalanan mengambil penumpang untuk pemeriksaan. Empat daripadanya ditahan dan mengarahkan perjalanan itu digantikan dengan pemandu lain selepas positif dadah.

"Kes berkenaan berlaku di Terminal Meru Jaya, Perak; Terminal Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang, Terminal Seksyen 17 Shah Alam dan Terminal Bukit Lagi Perlis melibatkan pemandu berusia 40 tahun dan 53 tahun," katanya.

Shaharuddin berkata, JPJ berterusan menjalankan penguatkuasaan dalam memastikan pematuhan undang-undang demi kepentingan keselamatan pengguna.

"Kesalahan sama masih berulang setiap kali pemeriksaan dilakukan walaupun pernah dikeluarkan amaran. Kita akan berterusan mengingatkan pengusaha bas bagi memastikan perkara sama tidak berlaku," katanya.