Kabinet baharu Thailand pertengahan Julai

Iklan
Prayuth Chan o-cha

BANGKOK - Kabinet baharu Thailand dijangka diumumkan pada pertengahan Julai, kata Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha hari ini.

Semakan latar belakang ahli kabinet baharu itu mengambil masa beberapa bulan selepas berlangsung Pilihan Raya Umum pada 24 Mac, katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet di Rumah Kerajaan di sini.

Iklan
Iklan

Media tempatan melaporkan bahawa Prayuth, yang disokong oleh Parti Palang Pracharath (PPRP) menghadapi kesukaran untuk memilih anggota kabinetnya oleh kerana beberapa parti gabungan mendesak diberikan lebih banyak kerusi.

Gabungan pimpinan PPRP itu yang turut disertai 18 parti politik lain, mendapat majoriti tipis dalam Dewan Perwakilan yang mempunyai 500 anggota.

Iklan
Iklan

Fron demokratik yang dipimpin oleh Pheu Thai dan enam parti sekutunya meraih 246 kerusi. - Bernama