Jika anda alpa, pelbagai kuman boleh menjangkiti peralatan yang diguna saban hari. Kesannya, ia boleh menjejaskan kesihatan. Justeru itu, mulakan dari sekarang langkah-langkah pencegahan.
Pada kali ini, Tip Di Dapur cuba berkongsi berkenaan penjagaan span penyental dapur yang berperanan besar dalam membersihkan peralatan seperti pinggan mangkuk, sudu dan periuk seperti yang diperkenalkan 3M Malaysia baru-baru ini.
3M antara lain mengeluarkan produk span penyental yang terbaharu iaitu Scotch-Brite™ Heavy Duty Easy Grip Scouring Sponge dengan alat pemegang (handy sponge holder) yang dapat membantu mengeringkan dan meningkatkan tahap kebersihan span penyental.
Sempena Aidilfitri kali ini, 3M Malaysia sedang mempromosikan produk terbaharunya itu pada harga RM9.90 untuk tiga unit span.
Jika orang ramai ingin membeli span penyental yang terbaik untuk dapur, berikut antara produk yang disarankan: Pek isi semula empat unit span Scotch-Brite™ Heavy Duty Easy Grip Scouring Sponge juga boleh didapati pada harga RM9.90.
Semua produk itu boleh didapati di pusat beli-belah seperti AEON, AEON Big, Giant, Tesco, Jaya Grocer, Village Grocer, Parkson, HomePro, Ace Hardware, Tunas Manja dan Econsave.
Bagaimana menghindarkan jangkitan bakteria?
1) Gunakan span yang betul.
Jika sering memasak, kita secara langsung tidak dapat mengelakkan diri daripada tugas mencuci peralatan dapur.
Tahap kebersihan semua alatan bergantung kepada cara kita mengendalikan tugas pembersihan tersebut. Sekiranya tidak dibuat dengan betul, maka pembiakan bakteria boleh berlaku dengan pantas.
Produk span penyental yang lasak, Scotch-Brite™ Heavy Duty Scouring Sponge dirumus untuk mengguna pakai jaringan gentian yang tumpat dan seragam serta jumlah partikel pembersih yang tinggi agar span tersebut dapat mencuci tiga kali lebih baik dan tahan tiga kali lebih lama berbanding span penyental yang biasa.
2) Gantikan span secara berkala
Kadar penggunaan span penyental menentukan berapa kerap anda harus menggantikannya, jangan tunggu sehingga ia mula berbau.
Jika membasuh periuk belanga dan pinggan mangkuk dengan span yang sama, jangan lupa untuk menggantikan span tersebut sekali setiap tiga hingga empat minggu.
Jika anda jarang memasak atau memiliki mesin pencuci pinggan di rumah, anda masih perlu menggantikan span berkenaan sebulan sekali. Kenapa span penyental penting?
Orang ramai harus mengubah persepsi sedia ada kerana span penyental mungkin mengandungi pelbagai jenis pencemaran yang tidak diduga.
Satu kajian komprehensif mengenai 14 span penyental dapur kediaman dan mikrob yang menghuni span tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Scientific Reports.
Kajian membuktikan bahawa span dapur bertanggungjawab sebagai sumber pencemaran yang serius. Penyelidik dari Universiti Furtwangen juga mendapati, secebis span yang bersaiz sebutir kiub gula boleh mengandungi bilangan bakteria mencecah 54 bilion.
Sejumlah kecil daripadanya mungkin terdiri daripada bakteria patogenik yang boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan.
Justeru, bagi mengelak pinggan mangkuk daripada pencemaran bakteria dan menjamin kesihatan keluarga, anda boleh mempraktikkan tabiat penjagaan yang lebih baik melalui langkah berikut:
1) Keringkan span
Keracunan makanan biasanya disebabkan oleh proses pengendalian bahan mentah yang tidak betul serta kontaminasi yang boleh berkait dengan span dapur.
Sebagai langkah berjaga-jaga, bilas dan peras span selepas ia digunakan. Bersihkan juga kotoran yang dapat dilihat pada span tersebut. Lebih baik jika ia dalam keadaan kering.
2) Simpan span dapur di tempat yang kering
Rata-rata individu tidak berbuat demikian. Mereka biasanya meletakkan span di dalam bekas sabun yang dipenuhi air. Tidak kurang juga yang meletakkannya di atas kaunter dapur.
Tindakan itu akan mengambil masa yang lama untuk kering dan terdedah kepada pembiakan bakteria. Jangan sesekali meletakkan span yang lembap dalam ruang yang tertutup seperti di dalam baldi atau di bawah singki.
3) Guna span dengan alat pemegang
Untuk memudahkan proses penjagaan, anda boleh menggunakan span yang dikhaskan dengan alat pemegang.
Penggunaannya membolehkan span yang basah boleh dikeringkan dengan mudah, lantas mengurangkan kadar pembiakan bakteria.
Tambahan lagi, ia juga dapat membuatkan dapur anda kelihatan lebih teratur dan menjimatkan ruang.
1) Scotch-Brite™ Heavy Duty Easy Grip Scouring Sponge with Handy Sponge Holder.
2) Scotch-Brite™ Heavy Duty Scouring Sponge.
3) Scotch-Brite™ Delicate Care Scrub Sponge.
4) Scotch-Brite™ Non-Scratch Scrub Sponge.