KUALA LUMPUR - Empat pekerja warga asing dilaporkan cedera selepas pelantar bangunan yang sedang dalam pembinaan di Wangsa Maju di sini, runtuh malam ini.
Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Kapten Shahrul Kamar Mohd Johari berkata empat warganegara Bangladesh berusia 23 hingga 31 tahun itu dikatakan sedang bekerja ketika pelantar setinggi 13 meter itu runtuh.