‘Andai aku mati dalam rumah, bagaimana anak-anak kecilku?’

Iklan
Filem Pihu telah memenangi hadiah utama Best Feature Film kategori filem antarabangsa dan grab People's Choice Award.

JIKA anda adalah spesies mak-mak yang selalu bersendirian dengan anak-anak kecil dan selalu terfikir,"Andai aku mati dalam rumah, bagaimana keadaan anak-anak kecilku?” Marilah berjabat tangan dengan saya.

Ia memang satu topik yang kedengaran agak tidak menyenangkan tetapi anda perlu tahu, realiti hidup adalah benar dan mati juga adalah benar. Maka ia tidak mustahil terjadi kepada kita manusia hina dina ini.

Iklan
Iklan

Here we go... Filem Pihu adalah jenis thriller sosial yang memang dah lama saya nak tengok, tapi takut dan menggeletar-geletar tangan kaki sebab membabitkan budak kecik. Paling saya nak tahu, di pengakhiran cerita budak itu mati atau hidup (OK, saya jenis tak kisah langsung dengar spoiler).

Tapi tengok trailer demi trailer juga reviu tak dapat jawapan, langsung memberanikan juga diri tengok filem ni semalam, ajak sekali ‘askar-askar’ teman sebab masa tonton trailer je pun semua dah ternganga.

Iklan

Ternyata ia meremangkan bulu roma dari lima minit pertama langsung ke-90 minit kemudiannya. Selain dihujani soalan macam mana si kecil dua tahun ni diajar berlakon macam tu (sangat natural), anda juga perlahan-lahan dalam tak sedar peluk erat anak-anak sebab terbayang-bayang kalaulah ia berlaku pada anak sendiri.

Kisahnya Pihu (lakonan Myra Vishwakarma) ditinggalkan sendirian dan terperangkap dalam rumah selepas ibunya mengambil keputusan membunuh diri dengan menelan pil tidur.

Iklan
Adegan mencemaskan apabila Pihu memanjat palang balkoni untuk mengambil anak patungnya yang terjatuh.

Tindakan itu diambil mungkin kerana kesal dengan sikap suaminya yang mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain selain kaki pukul. Suara comel Pihu yang kejap gelak, kejap nangis, kejap sayu panggil ibunya benar-benar meruntun perasaan.

Bagi menampakkan filem ni realiti untuk Pihu rupanya pelakon wanita yang memainkan watak ibu itu rupanya betul-betul ibu kanak-kanak itu lakonan Prerna Sharma sebagai Pooja. Patutlah si Pihu kelihatan selamba memanjat dan tidur atas wanita itu. Apa yang penonton perlu tahu, semua mainan dalam filem itu memang milik Pihu.

Tempoh penggambaran filem ini pula hanya mengambil masa dua hari sahaja dengan setiap babak diletakkan tiga kamera supaya pengarah boleh memilih syot terbaik sementelahan si Pihu ni baru umur dua tahun. Jika banyak kali actionnnnn..... cutttt!! stress pula dia.

Yang sakit hatinya, anda akan berasa rasa malas nak bangun sebab tak mahu terlepas satu adegan pun dan dalam masa yang sama muka pucat lesi tengok semua babak yang amat terganggu tahap dewa ini:

· Seterika tidak ditutup dan si Pihu selamba main belon sambil terlanggar-langgar papan seterika itu.

· Pihu memanaskan roti sendiri atas dapur dengan dalam ketuhar gelombang mikro. Habis legam hangus roti.

Hari meruntun melihat anak kecil ini berusaha sendiri mengisi perutnya yang lapar.

· Ini paling menakutkan, Pihu buka pintu peti ais, masuk, tutup dari dalam. Kalau tak boleh buka nanti macam mana?

· Rasa nak menjerit apabila adegan Pihu bermain kat beranda. Lepas itu anak patungnya terjatuh, dia pula panjat palang. Nasib baik ada jiran prihatin seberang bangunan. Saya suspek dia cikgu kaunseling sebab Pihu dengar cakap dia. Hiks...

Apa pun semua mak yang berhati waja kalau ada masa, boleh tengok filem ni. Ni bukan samarenda biasa-biasa tau. Filem ini telah memenangi hadiah utama Best Feature Film kategori filem antarabangsa dan grab People's Choice Award untuk filem terbaik di Festival Filem Antarabangsa Trans-Sahara.

Dan pelakon dia hanya seorang budak itu sahaja. Tapi rasa takut kita menontonnya kalah tengok Annabelle atau The Nun. Serius!

Yang penting, moral lepas layan filem ini ialah, anda takkan jadi mak yang bodoh lagi. Contoh, anda pentingkan diri tak pasal-pasal nak bunuh diri, tapi tak fikir pasal anak yang tinggal.

JANGAN NAK BUNUH DIRI SEBAB JANTAN! Please grow up!

Jika anda selalu keseorangan dengan anak, belajar-belajar la tinggalkan pesanan kat kawan baik atau sedara mara. Dulu saya siap WhatsApp kat grup kawan-kawan baik, sekiranya saya senyap tiada berita dalam sehari, tolonglah periksa keadaan anak-anak saya!

Sila pastikan kawan-kawan anda tahu anda tinggal kat mana juga. Lepas tengok Pihu, boleh layan Bad Moms OK. Bagus untuk motivasi diri.

Selamat nonton!