SHAH ALAM - Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang ada ketika ini sudah cukup bagi melindungi pemberi maklumat tetapi dalam masa yang masa kerajaan perlu memberikan komitmen tinggi agar kumpulan tersebut benar-benar dilindungi.
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, ini kerana wujud beberapa kes pemberi maklumat terdedah kepada umum yang menyebabkan mereka menerima ancaman.