Koperasi polis umum dividen 14 peratus

Iklan
Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR - Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) Berhad mengumumkan dividen sebanyak 14 peratus kepada anggotanya melibatkan pembayaran berjumlah RM26.8 juta.

Pembayaran ini akan dikreditkan ke dalam akaun gaji anggota dalam tempoh 14 hari.

Iklan
Iklan

Perkara itu diumumkan Ketua Polis Negara merangkap Yang Dipertua (YDP) KPDRM, Datuk Seri Abdul Hamid Bador semasa berucap dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KPDRM Berhad kali ke-84 di sebuah hotel di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Timbalan YDP KPDRM, Datuk Mazlan Mansor dan Pengerusi KPDRM, Datuk Ayub Yaakob.

Iklan
Iklan