Empat peguam wakili KPKT, bomba

Iklan

SHAH ALAM - Sebutan perbicaraan inkuri kematian anggota bomba dan penyelamat (JBPM) hari ini menyaksikan tiga Peguam Kanan Persekutuan dan seorang Peguam Persekutuan bertindak mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan JBPM.

Suzana Atan, Mazlifah Ayob, Fidziatul Isma Ahmad Rafngah dan Afiq Zainal Abidin daripada Jabatan Peguam Negara bagi menggantikan peguam, Syazlin Mansor yang menarik diri pada 27 Mei lalu.

Iklan
Iklan

Syazlin turut hadir menyertai pasukan peguam keluarga Muhammad Adib pada prosiding hari ini.

Pada prosiding itu, Koroner, Rofiah Mohamad menetapkan 3 hingga 5 Julai depan untuk sambung bicara bagi memanggil semula Saksi ke-29, Pakar Forensik Patologi United Kingdom Professor Dr Shahrom Abd Wahid sementara 16 dan 17 Julai untuk saksi fizik memberi keterangan.

Iklan

"Semasa perbicaraan saksi ke 29, mahkamah akan membuat pilihan daripada senarai calon pakar fizik yang dikemukakan oleh pihak-pihak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Iklan

Inkues Adib: Prosiding tergendala, peguam tarik diri

Inkues Adib: Sepucuk surat punca peguam tarik diri?

Terdahulu, Pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin memaklumkan pihaknya memerlukan masa sehingga Jumaat ini untuk mengemukakan senarai calon saksi pakar fizik.

"Setakat ini satu pihak sudah menyerahkan senarai tersebut," katanya.

Perbicaraan inkuiri kematian Muhammad Adib, 24, tertangguh pada hari ke 37 berikutan Syazlin menarik diri daripada mewakili KPKT dan JPBM.

Muhammad Adib parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.