'Kalau orang tak tanya, saya tak cerita'

Iklan
Elizad. - Foto Astro

"SEBENARNYA setiap bulan saya berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, pergi rawatan moden, cuba cara tradisional (urut)," akui pelakon Elizad Sharifudin apabila ditanya mengenai soal cahaya mata.

Jelas Elizad, dia tidak membuka cerita kerana tidak ada pihak yang bertanya namun tidak keberatan berkongsi cerita andai ada rawatan yang dilakukannya berhasil.

Iklan
Iklan

"Kalau orang tak tanya, saya tak cerita. Tapi saya suka bercerita kerana ibaratnya berkongsi manfaat bersama.

"Namun setakat ini saya masih belum ada rezeki," katanya.

Iklan

Tambahnya buat masa ini, dia melakukan segala usaha mendapatkan anak termasuk menghentikan segala rawatan kecantikan yang boleh mengganggu kelancaran proses tersebut.

"Saya akui sebelum ini ada menjalani rawatan kecantikan tapi tidaklah kepada tahap ekstrem seperti jalani pembedahan. Setakat rawatan hilang kedut adalah.

Iklan

"Tapi doktor sakit puan ada maklumkan bagi mengelakkan masalah cyst berulang dan ganggu proses kesuburan, beliau nasihatkan saya untuk berhenti.

"Sekarang ini saya usaha mendapatkan anak menerusi cara tradisional (urut) dan moden (rawatan kesuburan) dengan mengambil pil kesuburan.

"Sekiranya masih tak berjaya, saya akan cuba rawatan IUI (Intrauterine Insemination). Kalau tak berjaya juga barulah saya akan jalani rawatan rawatan IVF (in-vitro fertilization).

"Bagaimanapun saya tak keberatan untuk berkongsi andai saya mencuba kedua-dua kaedah rawatan itu kerana saya mahu memberi manfaat kepada mereka yang mungkin seperti saya,” katanya yang pernah membuat pembedahan membuang cyst seberat dua kilogram di rahim sebelum ini.

Sementara itu, Elizad yang akan mengendalikan program bual bicara Mingguan Wanita bersama Erra Fazira, Sherry Alhadad, Norman Hakim serta Radin Amir (ERA), mengakui teruja untuk memulakan tugas baharu itu.

Program Mingguan Wanita akan disiarkan bermula 8 Julai depan, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 11 pagi di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Ditanya apa yang membuatkan dirinya tertarik menjadi pengacaraan program tersebut, wanita berusia 35 tahun ini mengakui dibenarkan menjadi diri sendiri dan mahu menyebarkan aura positif kepada penonton.

"Pihak produksi beritahu mereka mahu buat kelainan dan beri kelonggaran untuk saya jadi diri sendiri. Walau diberi kelonggaran saya tidak akan ambil mudah dan pastikan diri saya bersedia dengan input berguna.

"Selain itu saya juga mahu sebarkan aura positif kepada penonton menerusi cara saya menyampaikan maklumat dan mengendalikan program berkenaan,” jelasnya.