Nur Sajat bakal terima segulung diploma

Iklan
Nur Sajat - FOTO BERNAMA

USAHAWAN kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman, 34, bakal menghadiri majlis konvokesyen awal bulan depan di Beirut, Lubnan.

Memetik portal tempatan, pengasas Let's Cantik itu dikatakan bakal memperolehi segulung diploma dalam bidang dandanan rambut setelah menamatkan kursus pendek dalam bidang berkenaan.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, saya akan menghadiri majlis konvokesyen diploma di Beirut dalam bidang 'hair dresser'. Saya ambil 'short course' atau 'private course', di mana pensyarah tersebut sememangnya fokus pada saya dalam masa sebulan lebih di sana.

"Saya akan berangkat ke Beirut pada 27 Jun ini dan majlis konvokesyen akan berlangsung pada 1 Julai. Memang sangat gembira kerana akhirnya saya dapat segulung diploma walaupun sudah berumur 34," kata Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad.

Iklan

Jelasnya, minat mendalam dalam bidang dandanan rambut dan kecantikan mendorongnya memilih pengajian itu.

Menurutnya, sebagai seorang usahawan yang gemar kepada kecantikan terutama sekali rambut, ia adalah satu peluang untuk dirinya menimba ilmu dan pengalaman.

Iklan

"Dalam bidang ini, kita perlu belajar, tidak mengharapkan pekerja semata-mata. Kalau pekerja itu tak suka dia boleh lari dan kita pula terkapai-kapai.

"Jadi kita boleh 'back-up'. Saya ambil bidang ini sebab saya suka kepada kecantikan.

"Saya memang suka kepada fesyen rambut dan kalau mereka yang mengikuti perkembangan saya akan dapat lihat fesyen rambut sentiasa berubah," katanya.

Dalam pada itu, difahamkan, Sajat telah memiliki dua buah salun rambut di Shah Alam dan Johor Bahru.