MINUM petang merupakan waktu yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga tersayang. Alangkah indahnya andai dapat berborak sambil menikmati hidangan yang enak.
Apa kata cuba pikat hati ahli keluarga dengan menjamu hidangan yang mudah dan ringkas. Ada menu yang ditampilkan kali ini hanya ambil masa kurang setengah jam sahaja untuk dimasak. Jom 'try' masak!
Bahan-bahan:
Tauhu kering
4-5 biji kentang
1/2 cawan sayur campuran atau isi ayam/isi daging
2–3 ulas bawang putih
1 cawan air
2–3 biji telur lada sulah (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)
Cara-cara memasak:
1) Rebus atau stim kentang yang telah dibersihkan. Kemudian, lenyekkan.
2) Tumis bawang putih bersama bawang merah. Masukkan isi ayam/isi daging yang telah siap direbus/ distim. Selain itu, masukkan sekali sayuran campur seperti lobak. Siap dan letak di tepi.
3) Toskan kentang rebus, lenyek dan gaul bersama lada sulah dan secubit garam.
4) Campurkan kedua-dua campuran kentang dan sayur goreng tadi.
5) Potong sedikit bahagian tepi tauhu (boleh juga tebuk bahagian tengah tauhu) sebelum menyumbatnya dengan inti. Pastikan inti tidak terlalu penuh.
6) Pecahkan telur, pukul bersama sedikit garam dan lada.
7) Celup dan salutkan satu persatu tauhu begedil yang siap dibubuh inti. Goreng dengan minyak penuh sehingga garing.
Sumber: www.wanista.com