KUALA LUMPUR – Datuk Nordin Salleh yang berpengalaman dalam bidang korporat dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang baharu berkuatkuasa 1 Disember 2018.
Nordin sebelum ini pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SKM di sini, hari ini.