Setiausaha politik menteri nafi buang memo GTSM dalam bakul sampah

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan Datuk Mohamad Dahlan Maamor hari ini membuat laporan polis bagi menafikan dua tuduhan dilemparkan Gabungan Teksi Se-Malaysia (GTSM) yang disifatkan sebagai fitnah dan tidak berasas.

Beliau yang ditemui pemberita selepas membuat laporan di IPD Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini berkata ia berkaitan tuduhan enggan bertemu dengan wakil GTSM yang datang ke Kementerian Pengangkutan pada 19 Jun lepas dan tuduhan membuang memo yang diterima daripada GTSM dalam bakul sampah.

Iklan
Iklan

"Jadi hari ini saya tampil untuk buat laporan dan beri keterangan berdasarkan fakta mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada 19 Jun," katanya.

Menurut Mohamad Dahlan, beliau difahamkan pihak GTSM juga membuat laporan polis terhadapnya kononnya beliau melabel pemandu teksi yang berhimpun di Kementerian Pengangkutan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri kementerian itu sebagai membuat kecoh. - Bernama

Iklan
Iklan