Rapid KL mohon maaf gangguan LRT laluan Kelana Jaya

Iklan

KUALA LUMPUR – Rapid KL memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh penumpang akibat gangguan sementara perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pagi tadi selepas salah satu daripada tren arah ke selatan mengalami masalah teknikal di stesen Pasar Seni.

Apabila penggera sistem brek tren berbunyi pada 10.26 pagi, semua penumpang dipindahkan secara teratur di stesen Pasar Seni; dengan pusat kawalan operasi mengarahkan tren itu dihantar ke landasan di Stesen Universiti, kata Rapid KL dalam kenyataan media di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Tren dihentikan ketika merapati stesen Bangsar apabila juruteknik mengesan bau yang mencurigakan dari bawah gerabak. Bekalan tenaga"dimatikan” antara stesen Bangsar dan Abdullah Hukum untuk membolehkan juruteknik menjalankan kerja-kerja pembaikan untuk tren yang terhenti itu dibawa ke landasan dan membolehkan perkhidmatan beroperasi seperti biasa .

"Ketika pasukan kejuruteraan menjalankan kerja-kerja pembaikan, perkhidmatan antara stesen Pasar Seni dan Universiti beroperasi menggunakan satu landasan. Masa menunggu paling lama yang dicatatkan dalam tempoh ini adalah 15 minit di Stesen Masjid Jamek,” kata kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pulih seperti sediakala pada 11.45 pagi. - Bernama