SPRM buat laporan polis isu tweet palsu

Iklan
Latheefa menerusi laman Twitternya secara ringkas memaklumkan kenyataan itu adalah palsu selain berkongsi tangkap layar mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat satu laporan polis berhubung satu tweet atau ciapan palsu menerusi Twitter di bawah nama Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya yang meminta jemaah haji yang ditaja 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memulangkan semula wang tersebut.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini pada 24 Jun lalu memandangkan dakwaan berkenaan boleh menimbulkan panik dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Iklan
Iklan

"SPRM ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menular ciapan palsu itu dan berharap Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menjalankan siasatan ke atas perkara berkenaan supaya tindakan tidak bertanggungjawab ini tidak berulang lagi," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, SPRM menegaskan bahawa ciapan palsu tersebut ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan imej suruhanjaya itu dan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Iklan

Latheefa sebelum ini dilaporkan telah menafikan mengeluarkan ciapan meminta jemaah haji yang ditaja 1MDB memulangkan semula wang tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM lapor polis, ciapan Twitter palsu mengenai jemaah haji

Iklan

Menerusi laman Twitter beliau, Latheefa secara ringkas berkata, kenyataan itu adalah palsu selain berkongsi tangkap layar mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Menurut tangkap layar palsu itu, Latheefa dikatakan meminta jemaah haji yang ditaja memulangkan wang tersebut dalam tempoh 30 hari sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan.