Muhyiddin tak terlibat siasatan video intim

Iklan
Muhyiddin

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan sepenuhnya kepada polis berhubung laporan penyebaran video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Katanya, beliau tidak mempunyai hak untuk mengulas mengenai perkara tersebut kerana perkara itu terletak di bawah bidang kuasa polis.

Iklan
Iklan

"Siasatan kes itu tidak terbabit dengan saya, ia terbabit dengan polis. Polis telah menerima laporan kes tersebut dan mereka akan jalankan tugas untuk menyiasat.

"Saya tidak ada apa-apa hendak komen lebih daripada itu," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Pelantikan PPK Laporan Kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat di kementeriannya di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini status siasatan polis terhadap laporan penyebaran video intim terbabit.

Pada 12 Jun lalu, bekas pegawai kanan kepada seorang timbalan menteri membuat pengakuan mengejutkan apabila bersumpah dia ialah individu dalam klip video intim bersama seorang lelaki mirip seorang menteri Kabinet.

Iklan

Haziq Abdullah Abdul Aziz, 27, memuat naik video pengakuan itu berdurasi 30 saat itu di akaun Facebooknya dan turut menamakan seorang menteri yang juga pemimpin kanan sebuah parti kerajaan terlibat.

Haziq berkata, perlakuan itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di sebuah hotel di Sandakan, Sabah ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya juga mangsa, kata Haziq