Tanah runtuh: JKR kenal pasti punca kejadian

Iklan
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di pusat peranginan Lost Paradise Resort, Batu Ferringhi di sini malam tadi.

GEORGETOWN - [DIKEMASKINI] Kejadian tanah runtuh yang berlaku di pusat peranginan Lost Paradise Resort, Batu Ferringhi di sini malam tadi dipercayai berpunca daripada pergerakan tanah dan ketidakstabilan cerun akibat kerja pengorekan yang dilakukan.

Pengarah JKR negeri, Shahabuddin Mohd Muhayidin berkata, pihaknya akan menjalankan kerja-kerja menstabilkan cerun di kawasan berkenaan dan mengambil tindakan kawalan untuk memastikan tiada hakisan lain akan berlaku.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh: Empat buruh binaan tertimbus

"Kita telah mengambil tindakan awal bagi memastikan tidak akan berlaku hakisan yang lebih besar lagi.

Iklan

"Sepanjang kerja-kerja mitigasi cerun dilakukan, Jalan Batu Ferringhi sepanjang 50 meter akan ditutup satu lorong, antara tiga hingga empat minggu bagi mengawal dan mengelak pergerakan tanah," katanya pada sidang media di sini tadi.

Shahabuddin berkata, pengguna jalan raya yang menggunakan laluan berkenaan dinasihatkan mematuhi papan tanda yang diletakan disekitar lokasi kejadian dan menggunakan laluan alternatif lain sekiranya perlu.

Iklan