Kakitangan AADK Besut nyaris diradok lawi ayam

Iklan
Suspek cuba mengambil lawi ayam ini di atas mejanya ketika cuba diberkas kakitangan AADK semalam.

BESUT - Kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut nyaris menjadi mangsa lawi ayam milik seorang penagih yang diberkas mereka di sebuah rumah di Kampung Tembila di sini semalam.

Bagaimanapun tindakan pantas anggota terbabit berjaya menghalang suspek berusia 29 tahun itu daripada mendapatkan lawi ayam itu yang berada di atas meja dalam kejadian jam 8 pagi itu.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, lelaki yang masih bujang itu bertindak cuba mengambil sebilah lawi ayam yang berada atas meja dalam bilik tidurnya ketika anggota AADK membuat pemeriksaan.

Menurutnya, anggota AADK berjaya menarik badan penagih tersebut ketika dia cuba mengambil senjata tajam menyebabkan berlaku pergelutan dalam usaha memberkasnya.

Iklan

"Lelaki tersebut berjaya diberkas dan kedua-dua pihak tidak mengambil sebarang kecederaan,” katanya.

Noor Hafizza berkata lagi, suspek di bawa pejabat AADK dan saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis pil kuda (methamphetamine).

Iklan

Menurutnya, pengakuan awal yang dibuat suspek mendakwa dia memiliki Ijazah Sarjana Muda dari sebuah universiti dan sekarang bekerja sebagai pemandu grab sambilan.

"Dia mengaku mengambil dadah dua kali seminggu dan mula mengambil dadah disebabkan faktor kawan.