Enam warga Myanmar ditahan APMM

Iklan
Enam lelaki warganegara Myanmar di tahan APMM selepas gagal menunjukkan dokumen dan permit kerja di sebuah sangkar ikan pada jarak 3.8 batu nautika dari Kuala Gula. - Foto APMM

KUALA KURAU - Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar di tahan Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) pada jarak 3.8 batu nautika dari Kuala Gula di sini, petang tadi.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Leftenan Maritim Safril Aza Mustapa berkata, keenam-enam lelaki berusia 20 hingga 30an itu ditahan ketika sedang bekerja di sebuah sangkar ikan di lokasi terbabit.

Iklan
Iklan

"Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi sekitar jam 4.50 petang tadi selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

"Enam warganegara Myanmar ini ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan telah dibawa ke Zon Maritim Kuala Kurau bagi siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Safril Aza turut memberi peringatan tegas kepada pengusaha sangkar ikan di perairan Kerian dan Larut Matang agar tidak menggajikan warga asing tanpa permit yang sah kerana ia melanggar undang-undang.

"APMM Kuala Kurau akan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan dengan lebih kerap bagi membanteras kegiatan pekerja PATI di perairan Kerian dan Larut Matang," katanya.

Iklan