KOTA KINABALU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah merampas dakwat tiruan bernilai RM800,000 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Bundusan Penampang, hari ini.
Timbalan Pengarah KPDNHEP Sabah Ravichandran Vadivellu berkata tiga wanita dan dua lelaki berusia antara 20 hingga 50 tahun turut ditahan dalam serbuan di premis yang dijadikan tempat penyimpanan barang tiruan tersebut.