JDT juara Liga Super buat kali keenam berturut-turut

Iklan
Para pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) meraikan kemenang keenam berturut-turut pasukan tersebut pada Perlawanan Bola Sepak Liga Super menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat hari ini. Keputusan penuh pasukan JDT menang ke atas Melaka United dengan 2-1. -Foto Bernama

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Liga Super 2019 sekali gus melakar sejarah bola sepak tanah air sebagai satu-satunya pasukan memenangi gelaran itu buat kali keenam berturut-turut selepas menundukkan Melaka 2-1, malam ini.

Kejayaan anak buah ketua jurulatih Benjamin Mora di Stadium Hang Jebat itu membolehkan JDT mengumpul 46 mata dan menamatkan perebutan takhta lebih awal dengan baki empat perlawanan liga.

Iklan
Iklan

Lebih manis, kejayaan bersejarah skuad 'Harimau Selatan’ malam ini dilengkapi dengan rekod bersih tanpa kalah selepas merakamkan 14 kemenangan dalam 18 perlawanan.

Pencabar terdekat, Pahang yang mengumpul 30 mata selepas 17 aksi setakat ini terpaksa akur apabila tidak lagi mampu mencabar meskipun meraih mata penuh dalam baki lima perlawanan mereka musim ini.

Iklan

Pada aksi malam ini, dua gol JDT dijaringkan Muhamad Nazmi Faiz Mansor seawal minit ketujuh sebelum penyerang import, Diogo Luis Santo menampilkan kemahiran mengawal bola yang baik untuk mencetak jaringan ke-10 peribadinya musim ini pada minit ke-27.

Sementara gol sagu hati pasukan tuan rumah dijaringkan kapten Muhammad Shukor Adan pada minit ke-84 selepas penjaga gol JDT, Mohd Farizal Marlias gagal menampan kemas sepakan penalti N'Guessan Davy.- Bernama

Iklan