KUALA LUMPUR - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dihenti operasi susulan insiden pencemaran bau di sumber air mentah sejak petang semalam, telah kembali beroperasi sepenuhnya pada 6 pagi ini.
Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), proses penyaluran air ke sistem agihan dan kolam-kolam perkhidmatan di kawasan terjejas sedang berlangsung bagi proses pemulihan berperingkat.