Ahmad Zahid hadapi 33 pertuduhan hari ini

Iklan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam. - FOTO ZAHID IZZANI

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam kira-kira jam 8.30 pagi tadi bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri akan menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah hari ini.

Iklan
Iklan

Walau bagaimanapun, kehadiran Ahmad Zahid tidak berjaya dirakam media berikutan beliau tiba di mahkamah melalui pintu belakang.

Bagaimanapun, melalui notis yang ditampal dinding bangunan mahkamah memaklumkan Ahmad Zahid akan mengadakan sidang media di tingkat dua bangunan sama dengan masa yang tidak ditetapkan namun dipercayai akan dijalankan selepas sesi pertuduhan selesai.

Iklan
Iklan