BSN selesaikan pembiayaan kereta Adib

Iklan
Kereta arwah Muhammad Adib.

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) mengumumkan akan membantu menyelesaikan baki pembiayaan kereta milik anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

BSN dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan atas dasar tanggungjawab sosial korporat, institusi kewangan itu mahu membantu meringankan beban keluarga anggota bomba itu.

Iklan
Iklan

"Allahyarham baru sahaja membeli kereta dengan pembiayaan BSN. Kereta itu disimpan di kampungnya untuk kegunaan selepas berkahwin,” menurut kenyataan itu.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin lepas selepas dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor pada 27 November lalu.

Iklan
Iklan

Jenazah Muhammad Adib dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah kira-kira 1.45 tengah hari Selasa lepas.- Bernama