Perut terburai, kaki putus diserang jerung

Iklan
Gambar hiasan

HERMOSILLO - MEXICO. Seorang penyelam mati selepas diserang jerung di Laut Cortez.

Kejadian berlaku pada Selasa lalu.

Iklan
Iklan

Polis berkata, mangsa dikenali sebagai Nahum Verdugo Aguilera, 35.

Semasa kejadian, Aguilera dan beberapa orang rakan sedang melakukan aktiviti menyelam di Hawey, sebuah kawasan yang terletak 10 kilometer dari Pulau San Jorge di Puerto Peñasco, Sonora.

Iklan

"Sebaik menyedari Aguilera diserang jerung, mereka terus menariknya keluar dari air.

"Di atas bot, mereka mendapati mangsa telah kehilangan kaki kiri.

Iklan

"Sebahagian abdomennya juga turut hilang," kata polis.

Tambah polis, mangsa kemudian segera dibawa ke pantai, namun meninggal dunia sebelum sempat dikejarkan ke hospital.

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan). - Agensi