Penyelia maut langgar anjing melintas

Iklan
Pegawai penyiasat dan anggota polis memeriksa motosikal mangsa selepas kemalangan berlaku.

DUNGUN - Gara-gara terlanggar seekor anjing yang melintas jalan, seorang penyelia tapak projek minyak dan gas maut dalam kejadian di Jalan Santong berhampiran Loji Pemprosesan Minyak dan Gas (GPP) 5 dan 6, di Paka, di sini pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 7.55 pagi itu, mangsa, Mustaffa Said, 42, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.22 pagi ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Paka akibat mengalami kecederaan dalaman dan di bahagian muka.

Iklan
Iklan

Ketika kemalangan, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kawasan loji terbabit dan lebih menyedihkan jarak lokasi kejadian hanya kira-kira 100 meter dari tempat kerjanya itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC cuba mengelak seekor anjing yang secara tiba-tiba melintas jalan menuju ke hutan berhampiran.

Iklan

"Bagaimanapun motosikal mangsa gagal mengelak dan terlanggar haiwan tersebut menyebabkannya terjatuh sebelum terseret beberapa meter di atas jalan.

"Sepasukan anggota perubatan dari Unit Bantuan Kebakaran Gas dan Minyak (CEFS) yang tiba sejurus selepas kejadian telah memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa sebelum membawanya ke Klinik Kesihatan Paka," katanya.

Iklan

Katanya, mangsa yang tinggal di Taman Rakyat Jaya, Balai Besar, Dungun sering menggunakan laluan tersebut untuk ke tempat kerjanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.