Indeks kos hidup pelengkap kepada IHP

Iklan
Lim Guan Eng

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang membangunkan Indeks Kos Hidup sebagai pelengkap kepada Indeks Harga Pengguna (IHP) sedia ada, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Tidak seperti IHP yang menjejak perubahan umum harga pengguna, indeks baharu ini akan menentukan kos hidup minimum yang diperlukan seseorang untuk hidup dalam keadaan selesa.

Iklan
Iklan

"Ia akan membantu kerajaan membangunkan dasar yang lebih tepat dalam menangani kos sara hidup yang dihadapi rakyat Malaysia,” katanya pada mesyuarat Perundingan Belanjawan 2020, di sini hari ini.

Guan Eng berkata kerajaan kini aktif mengurus tekanan kos hidup yang dihadapi rakyat, dan berkata kadar inflasi Mac, April dan Mei 2019 berada pada tahap rendah dan stabil pada 0.2 peratus.

Iklan

Guan Eng juga berkata kerajaan sedang menilai dan merangka pelan baharu untuk mendapatkan setengah juta golongan muda Malaysia bekerja menerusi pelbagai program.

"Ini merupakan inisiatif penting memandangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia meningkat kepada 10.9 peratus pada 2018, daripada 9.9 peratus pada 2011. Kadar ini dianggap tinggi berbanding 3.4 peratus kadar pengangguran negara,” katanya. - Bernama

Iklan