Durian kena rampas

Iklan
Durian milik peniaga dirampas pada Operasi penguatkuasaan di Jalan Sultan Nazrin Shah.

IPOH - Lima peniaga durian terpaksa berputih mata apabila lebih 500 biji durian dirampas oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu operasi di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Hentian Limau Tambun, minggu lalu.

Video berdurasi 67 saat itu memaparkan tugasan sepasukan penguatkuasaan MBI merampas buah dan khemah peniaga tular di media sosial hari ini.

Iklan
Iklan

Susulan itu, MBI dalam satu kenyataan berkata, tindakan penguatkuasaan itu diambil setelah nasihat yang diberikan sebelum itu tidak diendahkan.

Anggota MBI melakukan operasi penguatkuasaan aktiviti menjual durian di Jalan Sultan Nazrin Shah.

"Pemeriksaan mendapati lima peniaga durian telah diarahkan berpindah ke tempat lain yang lebih sesuai dengan serta-merta bagi mengelakkan berlakunya masalah kesesakan lalu lintas di jalan tersebut.

Iklan

"Kita turut menjelaskan bahawa penyitaan ke atas khemah dan buah-buahan akan dilaksanakan sekiranya aktiviti tersebut masih berulang di masa hadapan di kawasan yang sama,” katanya.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan itu adalah tindakan terakhir diambil oleh MBI setelah kaedah nasihat tidak diendahkan.

Iklan
Anggota MBI melakukan operasi penguatkuasaan aktiviti menjual durian di Jalan Sultan Nazrin Shah.

Katanya, pemeriksaan dan penguatkuasaan aktiviti menjual durian turut dijalankan di Lebuh Perajurit di Taman Ipoh Timur.

"Hasil pemeriksaan mendapati lima peniaga di kawasan tersebut memiliki lesen perniagaan buah-buahan bermusim yang sah daripada MBI, manakala lima peniaga yang lain pula tidak memiliki lesen.

"Peniaga berkenaan telah diarahkan untuk berpindah ke tempat lain yang dibenarkan serta memohon lesen perniagaan. Sebuah khemah telah disita kerana ketiadaan peniaga ketika pemeriksaan,” katanya.