Jambatan kedua Tanjung Lumpur siap Ogos ini

Iklan
Projek jambatan kedua yang menghubungkan bandar Kuantan dengan bandar Putra Tanjung Lumpur dijangka siap pertengahan Ogos ini. Foto: Metro

KUANTAN - Projek jambatan kedua yang menghubungkan bandar Kuantan dengan bandar Putra Tanjung Lumpur dijangka siap pertengahan Ogos ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Tahir berkata, pembinaan jambatan itu membabitkan peruntukan berjumlah RM161 juta.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan perkembangan semasa projek yang sudah 84.2 peratus siap dan hanya menambah baik beberapa kemudahan di jambatan terbabit.

"Kalau ikutkan taklimat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, struktur jambatan itu sudah hampir siap dan kerja dilakukan ketika ini adalah membabitkan aspek kekemasan projek berkenaan seperti pemasangan lampu jalan dan kerja menurap laluan pada jambatan itu.

Iklan

"Jadi melihat perkembangan ini, kita yakin ia boleh disiapkan menjelang 14 Ogos ini sebelum dibuka untuk kegunaan orang ramai selewat-lewatnya hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berakhirnya sesi lawatan di tapak pembinaan jambatan kedua menghubungkan bandar Kuantan dan bandar Putra Tanjung Lumpur hari ini.

Iklan

Turut hadir, Pengarah JKR negeri, Datuk Othman Nordin.

Mohd Anuar berkata, pembinaan jambatan ini tidak akan menjejaskan ekosistem di kawasan terbabit dan kementerian dan JKR akan memastikan alam sekitar dapat dijaga sebaiknya.

"Kita amat pentingkan penjagaan alam sekitar dan akan memastikan kelestariannya. Jadi kita akan memasang lampu jalan solar LED supaya ia jimat dan mesra alam sekitar.

"Malah, kita juga akan menanam semula pokok bakau yang terdapat di sini selepas projek ini siap sepenuhnya dan saya sendiri akan terlibat dalam program penanaman itu,” katanya.

Sementara itu, Othman berkata, apabila siap dan boleh digunakan kelak, jambatan kedua itu dapat menjimatkan masa sehingga 20 minit bagi pengguna jalan raya dari bandar Kuantan yang ingin ke bandar Putra, di Tanjung Lumpur.

Katanya, sebelum ini, kebiasaannya pengguna jalan raya mengambil masa sehingga 35 minit untuk ke Tanjung Lumpur, namun apabila jambatan kedua ini siap ia akan menjimatkan masa.

"Kita jangkakan mereka (pengguna jalan raya) boleh sampai ke sana (bandar Putra) dalam masa 10 minit sahaja," katanya.